Sunday, September 13, 2009

Manusia Yang Selalu Lupa

Manusia sering kali terlupa tentang perjuangan sebenar sebagai manusia.. Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini sebagai hamba yang perlu taat kepada setiap perintah yang telah diberikan kepada hambanya. Hamba yang tawaduk adalah hamba yang sentiasa mengikut ajarannya dan mentaati perintahnya. Namun begitu, bukan semua manusia terfikir tentang azabnya jika kita meninggalkan suruhannya, mengingkari perintahnya termasuklah menganiayi sesama manusia...
Kadangkala saya terfikir mengapa manusia akhir zaman sukar untuk menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan yang pernah membantunya pada suatu masa dahulu?
Tidakkah manusia seperti ini terfikir bahawa penganiayaan yang dilakukan kepada sesama manusia seumpama "keluarga kepada keturunan Firaun Laknatullah?"
Manusia kini alpa dengan perjuangan dan kekayaan...sehingga lupa tentang penindasan yang sengaja dilakukan... Setiap bentuk penindasan dilakukan dengan mempunyai matlamat...bukan atas sebab tidak disengajakan...
Jadi..kepada mana-mana manusia yang sudah berpangkat dan berada di atas, pikir2kanlah..jangan mudah terlupa tentang ragam manusia di dunia...jangan bermegah dengan kekayaan dan segala pangkat yang ada...
Tiada satu yang kekal di dunia ini...
Waalahualam...

No comments:

Post a Comment