Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Hari Raya 2009

Hari Raya tahun 2009 menjelma lagi...alhamdulilah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk sama2 menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan menyambut kemeriahan hari raya. Tahun ini memberikan seribu satu makna kepada aku...sebab aku berhari raya di samping hadiah paling teristimewa yang Allah anugerahkan kepada aku...Aku menyambut puasa pada tahun ini dengan memulakan kerjaya baru aku sebagai Pegawai Penyelidik di Yayasan Ilmuwan...Selama tiga tahun aku berhempas pulas mencari pekerjaan yang sesuai, akhirnya Allah mendengar doa aku dan mengurniakan rezeki yang tidak terhingga kepada aku...Terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Yayasan Ilmuwan yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada aku untuk berkhidmat di Yayasan Ilmuwan.
Berkat kesabaran aku selama 3 tahun mencari pekerajaan yang sesuai akhirnya aku berjaya menjawat jawatan yang aku idamkan...Insan yang paling gembira adalah mak abah aku yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat aku...alhmadulilah kini segala impian mak abah aku untuk melihat kejayaan aku tercapai...
Aku berjanji pada diri aku yang aku akan berubah dan akan menempa kejayaan. Kenangan kegagalan masa silam telah menjadikan aku lebih dewasa dalam meniti hidup aku yang makin menginjak usia ku...Apa yang aku lalui pada suatu masa dahulu sebenarnya mematangkan diri aku kini...Bagi aku pengalaman lampau mengajar aku menjadi insan yang paling berguna di masa kini dan masa hadapan...Paparan kisah hidup aku akan aku persembahkan kepada dunia, moga setiap coretan hidup ku menjadi pengajaran kepada dunia bahawa setiap tindak tanduk dan perlakuan kita sebagai manusia mestilah melalui akal fikiran yang terbaik agar hasil yang bakal kita perolehi tidak akan merugikan masa depan kita...
Tunggu coretan aku yang seterusnya...Sekilas Paparan Hidup Ku...

No comments:

Post a Comment