Thursday, April 11, 2013

PROMOSI PERCUMA!!!!



Haiiii...sekali lagi....Nak Share Husband buat PROMOSI PERCUMA FOTOGRAFI!!!!

HAPPY HOUR!!!!

Tamat pukul 4.30pm petang nie tau!!!

Hanya LIMA yang terawal sahaja!


JANGAN Lepaskan PELUANG YA!!!!

Jeli Rumpai Laut Kolagen





Assalammualaikum dan Selamat Petang semua bloggers...Hurmmmm disebabkan kesibukan yang melanda, blog ni dah kembali menyepi. Sibuk dengan tempahan kuih frozen, tempahan jeli rumpai laut dan jus rumpai laut. Alhamdulilah...rezeki dari Allah swt...:)


Ermmmm oklah...saya dah pun janji kan nak beritahu APA nak dibuat dengan jeli rumpai laut ni kan?oklah...JELI RUMPAI LAUT KOLAGEN ini boleh dibuat:

1) masker wajah dan tubuh badan- lumur ke bahagian muka atau badan dan biarkan ia kering. Selepas itu terus dicuci dengan air...Tak perlu gunakan sabun muka atau badan.
2) Campur bersama air minuman- Campur dalam kordial Oren, Sirap, Sarsi, Strawberry atau diampur dengan jus buah. Elakkan minum bersama kopi, nescafe kerana kandungan kafein akan memperlahankan proses penyerapan. Minum air banyak setiap hari, 1-4 liter sehari untuk penyerapan maksimum.
   

    --------> Jika nak kulit yang cantik dan lembab, jangan sesekali mengabaikan pengambilan air kosong setiap hari.Seeloknya 2botol air mineral 1.5liter sehari. Masyarakat Cina akan mengamalkan pengambilan air kosong setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Tengok kulit masyarakat Cina. Cantikkan? Rahsianya....amalkan Minum air kosong setiap hari dengan JUMLAH yang MENCUKUPI!




Rupa Jeli yang sudah siap.
Oklah...JIKA anda YANG TIADA MASA untuk menyediakan sendiri Jus Rumpai Laut atau Jeli Rumpai Laut ini, boleh masuk ke FB saya SITI AZHAR MIHAT, PM saya untuk dapatkan Jeli kolagen atau Jus Kolagen ni ya...:)


if nak watsapp saya, ni no saya ya: 0189115446

Harga sangat murah:

Sebungkus JELI Rumpai Laut: RM3.00 + RM6.00 (postage)
Sebungkus JUS Rumpai Laut RM5.00 + RM6.00 (postage)

Beli 5 bungkus JELI atau JUS Rumpai Laut, FREE 2 bungkus JELI atau JUS Rumpai Laut Kolagen :)

Thursday, February 14, 2013

Cara Nak Menghasilkan Jeli Kolagen


Salam semua, Selamat Hari Khamis ya kawan2...hari ini saya rasa depressed skit, xtahu lar kenapa...tapi cepat2 pujuk hati supaya kuatkan semangat!! Tup...tup teringat pulok blog belum update...ok seperti yang saya janjikan, mai saya share cana nak buat Jeli Rumpai Laut Kolagen nie...:)



Ni cara penyediaan Jeli Kolagen Rumpai Laut. (Bling-Bling Sweety Touch tu page saya dalam FB.hiiii)



Cara Penyediaan Jeli Kolagen Rumpai Laut.

100gm kolagen rumpai laut kering
1 liter air
Daun Pandan (if nak jeli berbau wangi)
Perisa Sunquick, Sirap, Laici atau apa sahaja

Caranya:

Basuh rumpai laut 3,4 kali untuk membuang kotoran dan kandungan garam yang melekat di rumpai laut
Masukkan air dan rendam selama 4jam, selepas 4jam, tukar air, basuh lagi sehingga 2,3 kali. Kemudian rendam sehingga 4 jam lagi. Ulang langkah yang sama.
Selepas itu, rendam semalaman sehingga rumpai laut betul2 kembang.

Untuk rebusan:

Basuh hasil rendaman 2,3 kali sebelum direbus dengan 1liter air
Masukkan daun pandan atau sebarang perisa kesukaan
Rebus sehingga kolagen melarut di dalam air
Siap rebus, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

SIAP!!!!


Mudahkan???

Saya dah cuba... Saya juga ada menjualnya...

Gred AA: RM15.00/100gm free postage (kuning)
Gred AAA: RM18.00/100gm free postage (ungu)

Ok best tak post saya hari ini??? Jangan lupa cuba tau?? Nak wat cane plak jeli ni?haaaaaa nak tau lagi kan?Tunggu perkongsian saya esok ye...hihihi :)

Ok Selamat Malam semua...Luv ya. 

Wednesday, February 13, 2013

Rumpai Laut Kolagen


Tahun 2013 ni saya tengok kemunculan Rumpai Laut Kolagen kering yang menjadi sebutan masyarakat terutamanya masyarakat di Semenanjung Malaysia. Di Sabah, rumpai laut ini menjadi menu wajib yang dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk lain. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat kerabu. Kini, rumpai laut kolagen ini dijadikan sebagai supplement  untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Hurmmm menarik kan?

Gred AA (kuning)

Gred AAA (ungu)

Di bawah saya senaraikan khasiat Rumpai Laut Kolagen ini untuk pengetahuan semua ye:


KELEBIHAN RUMPAI LAUT KOLAGEN


Khasiat Rumpai Laut

Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
PH bernilai 7.6
KALSIUM- 37x lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA – 55Ox lebih kuat dari vitamin C.
VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326x lebih banyak dari ikan.
Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidanKaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit KENYAL dan KENCANG

Penuh dengan KOLAGEN

Kandungan SERAT yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang



Khasiat Rumpai Laut kolagen

Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
Anti-bakteria, membuang TOKSIN
Menghilangkan SEMBELIT
Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM
SELULIT dan JERAWAT
Membantu meningkatkan METABOLISME
Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
Melembutkan TUMIT KAKI merekah
Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
Mencegah KANSER/TUMOR
Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
Mencegah ANEMIA
Memberi Kekenyangan/DIET
Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
Memberi TENAGA


Cara Pengambilan
Selepas bangun tidur (jangan gosok gigi lagi) dan sebelum tidur (Pastikan perut kosong)
3 sudu besar setiap kali makan.
Boleh dimakan begitu saja atau
Campur / bancuh dengan air minuman kegemaran atau
Bancuh bersama air suam dan 1 sudu madu

Cara membuat masker
Cuci muka dengan air suam 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
Lagi elok kalau diwapkan dengan wap air panas/suam
Campurkan gel kolagen tadi dengan bahan berikut :
Kulit Normal - Campur kolagen dengan madu
Kulit Kering - Campur kolagen dengan jus lemon @ susu tepung
Kulit Berminyak - Campur dengan buah tomato yang masak ranum
Anda akan rasa kulit LEMBAP, LICIN, GEBU, CERAH dan TEGANG walaupun hanya dengan pemakaian masker yang pertama kali......

Siapa yang boleh makan kolagen ini
Wanita dan lelaki
Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih
Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 8 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia bersifat sejuk.

TIPS
Jangan minum kopi, nescafe, teh, berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein Selepas mengambil kolagen sekurang-kurangnya 3 jam
Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan cepat
Banyakkan minum air kosong 2.5 - 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan memaksimakan penyerapan kolagen oleh badan.

Jom kita dapatkan kulit yang cantik, putih, gebu dan tegang..bukan sahaja pada muka, malah seluruh badan!!
Inilah kolagen mentah 100% asli.. Tanpa bahan kimia dan belum diproses..
Boleh ditambah perisa kegemaran anda sendiri..!!
Harga amat berpatutan..!!
Jangan lepaskan peluang ini. tak cuba, tak tahu..;)



oklah...esok saya akan tunjukkan cara penyediaan rumpai laut kolagen ini. Dari kering, anda boleh hasilkan jeli untuk dicampur dengan minuman atau dimakan begitu sahaja!

Jumpa esok ye :)

Tuesday, January 29, 2013

Kembara 2013

Assalammualaikum...

Rasanya dah lama aku menyepi dari dunia blogging nie...Jadi,mulai saat ini,aku akan kembali aktif untuk berblogging...:)

InsyaALLAH...akan ada sesuatu yang aku akan kongsikan dengan rakan2 semua...insyaALLAH