Thursday, February 14, 2013

Cara Nak Menghasilkan Jeli Kolagen


Salam semua, Selamat Hari Khamis ya kawan2...hari ini saya rasa depressed skit, xtahu lar kenapa...tapi cepat2 pujuk hati supaya kuatkan semangat!! Tup...tup teringat pulok blog belum update...ok seperti yang saya janjikan, mai saya share cana nak buat Jeli Rumpai Laut Kolagen nie...:)



Ni cara penyediaan Jeli Kolagen Rumpai Laut. (Bling-Bling Sweety Touch tu page saya dalam FB.hiiii)



Cara Penyediaan Jeli Kolagen Rumpai Laut.

100gm kolagen rumpai laut kering
1 liter air
Daun Pandan (if nak jeli berbau wangi)
Perisa Sunquick, Sirap, Laici atau apa sahaja

Caranya:

Basuh rumpai laut 3,4 kali untuk membuang kotoran dan kandungan garam yang melekat di rumpai laut
Masukkan air dan rendam selama 4jam, selepas 4jam, tukar air, basuh lagi sehingga 2,3 kali. Kemudian rendam sehingga 4 jam lagi. Ulang langkah yang sama.
Selepas itu, rendam semalaman sehingga rumpai laut betul2 kembang.

Untuk rebusan:

Basuh hasil rendaman 2,3 kali sebelum direbus dengan 1liter air
Masukkan daun pandan atau sebarang perisa kesukaan
Rebus sehingga kolagen melarut di dalam air
Siap rebus, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

SIAP!!!!


Mudahkan???

Saya dah cuba... Saya juga ada menjualnya...

Gred AA: RM15.00/100gm free postage (kuning)
Gred AAA: RM18.00/100gm free postage (ungu)

Ok best tak post saya hari ini??? Jangan lupa cuba tau?? Nak wat cane plak jeli ni?haaaaaa nak tau lagi kan?Tunggu perkongsian saya esok ye...hihihi :)

Ok Selamat Malam semua...Luv ya. 

No comments:

Post a Comment