Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Hari Raya 2009

Hari Raya tahun 2009 menjelma lagi...alhamdulilah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk sama2 menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan menyambut kemeriahan hari raya. Tahun ini memberikan seribu satu makna kepada aku...sebab aku berhari raya di samping hadiah paling teristimewa yang Allah anugerahkan kepada aku...Aku menyambut puasa pada tahun ini dengan memulakan kerjaya baru aku sebagai Pegawai Penyelidik di Yayasan Ilmuwan...Selama tiga tahun aku berhempas pulas mencari pekerjaan yang sesuai, akhirnya Allah mendengar doa aku dan mengurniakan rezeki yang tidak terhingga kepada aku...Terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Yayasan Ilmuwan yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada aku untuk berkhidmat di Yayasan Ilmuwan.
Berkat kesabaran aku selama 3 tahun mencari pekerajaan yang sesuai akhirnya aku berjaya menjawat jawatan yang aku idamkan...Insan yang paling gembira adalah mak abah aku yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat aku...alhmadulilah kini segala impian mak abah aku untuk melihat kejayaan aku tercapai...
Aku berjanji pada diri aku yang aku akan berubah dan akan menempa kejayaan. Kenangan kegagalan masa silam telah menjadikan aku lebih dewasa dalam meniti hidup aku yang makin menginjak usia ku...Apa yang aku lalui pada suatu masa dahulu sebenarnya mematangkan diri aku kini...Bagi aku pengalaman lampau mengajar aku menjadi insan yang paling berguna di masa kini dan masa hadapan...Paparan kisah hidup aku akan aku persembahkan kepada dunia, moga setiap coretan hidup ku menjadi pengajaran kepada dunia bahawa setiap tindak tanduk dan perlakuan kita sebagai manusia mestilah melalui akal fikiran yang terbaik agar hasil yang bakal kita perolehi tidak akan merugikan masa depan kita...
Tunggu coretan aku yang seterusnya...Sekilas Paparan Hidup Ku...

Wednesday, September 16, 2009

Damn You!!!!

Aku hari nie memang marah dengan mana-mana kawan aku yang mulut laser, lagi laser dari laser yg ader kat hospital tu..kalu nak lawak pun agak2 r...tak payah sampai menyakitkan hati kawan beb...come on!!!!semua dah besar dah...dah tua dah...takkan nak laser sampai mati kot...aku heran tol!!!!aku memang r jenis tak ader perasaan tapi tangan aku nie cepat jek kalu bab2 nak gedebik kepala mana2 kawan aku yang tak hingat dunia nak melaser org....eeeeeeeeeeeeeee panaih toi aku di kala dah nak raya niee...time mcm nie mintak maaf..hampa buat aku tak maafkan hampa...4ever!!!!nasib lar aku ni ada timbang tara lagi..kalu tak tak tau lar...panaih toi aku...
Jadi kepada yang berkenaan tu sedar lar ek...kekawan yg lain sebenarnya dah benci dgn mulut laser hang tu...so be careful!!!jgn lepaih ni nikah..org kampung jek kot dtg...malaih aku...hish menambah berat dosa aku ja...bangang toi!!!!!

Monday, September 14, 2009

Kalungan Selipar?Siapa Yang Patut Mendapat Kalungan Selipar?

Kemasukan pendatang dari India dan China pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu adalah disebabkan dua faktor :
1) Menampung keperluan buruh yang kurang di Tanah Melayu akibat kemajuan pertanian dan perindustrian terutamanya getah dan bijih timah
2) Kebolehan dua bangsa ini dalam menoreh getah dan menimba timah
Apabila Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, bangsa pendatang ni dikekalkan dengan beberapa syarat..Kalau nak tau lebih lanjut bacalah dalam Kajian Am, ataupun Pengajian Am...Kalaulah semasa Perundingan Kemerdekaan di London mendapat persetujuan untuk menghantar balik dua bangsa nie...mungkin Malaysia kini tak perlu menghadapi situasi dilanyak oleh kaum pendatang ni di bumi sendiri...Terbaru MIC sebuah pertubuhan India ni yang sekarang diterajui oleh kepimpinan yang lupa asal usul di mana mereka ni semua berasal...nak mengalungkan kalung selipar di leher Tun Mahathir....Satu yang ingin ditanya, kenapa dah ketandusan ke bunga mawar di Malaysia ni ataupun kaum ni pun dah miskin sangat????
Celupar benar mulut, biadap betul sikap bangsa India ini...Kenapa bangsa India dan Bangsa Cina kini berani?
Kerana kaum Melayu lemah?
Kerana kaum Melayu tunduk tanpa berkata?
Mungkin...tetapi dua kaum ini mesti ingat bagaimana takutnya dua kaum ni saat menghadapi peristiwa 13 Mei?oh..terlupa dua bangsa ini kini tidak pernah mengetahui tentang 13 Mei...lupa atau tidak pernah mengerti perihal tersebut..pada masa itu, dua kaum ni seperti semut, sangat takut!!!Bangsa Melayu bangun menentang...Bangsa Melayu ibarat lava gunung berapi, senyap untuk mengumpul kekuatan...Nahas bila lava ini dimuntahkan!!!!
Bangsa India dan Bangsa Cina kini makin seronok mengadakan provokasi untuk menjatuhkan Melayu, melemahkan bangsa Melayu, tetapi perkara ini tidak akan terjadi!!!!!
Kaum Melayu kini jangan terlalu berlembut dengan bangsa pendatang ini...Dua bangsa ini tidak tahu langsung berterima kasih dan menghormati kaum peribumi Malaysia ini...Jika tidak disebabkan penerimaan oleh Tuanku Abdul Rahman berkenaan syarat Perundingan Kemerdekaan untuk mengekalkan bangsa ini selepas merdeka di Tanah Melayu, kemungkinan Samy Vellu kini berumahkan kotak, berminumkan air hujan di India...Opsss jangan marah..ingat balik isu kalungan selipar...Bagi bangsa Cina pula ermmm mungkin akan terus diperintah di bawah pentadbiran Komunis yang penuh dengan kezaliman...ish2 betul2 lupa diri dua bangsa ini...
Saya penyokong kuat Tun Mahathir..biarlah apa orang cakap pasal Tun...saya amat menyayanginya...Tidak akan ada pemimpin sepertinya lagi buat masa ini...jadi sape yang maki saya selepas ni, saya terima, tapi ingat Melayu kini perlu kuat!!!!Jangan sampai kita dipijak di bumi sendiri!!!!!Mungkin Melayu kini lemah, mundur tapi bukan bermaksud dua bangsa ni boleh melanyak bangsa Melayu sesuka hati...
Hidup Melayu!!!!!!!!

Jammed!!!!!!!!

Hari nie...Selasa 15 September 2009, memang satu pengalaman baru buat saya...jammed di Kuala Lumpur...sukar dimengertikan...Selain keadaan jalan yang huja pada pagi ini...yang paling saya geram adalah sikap pemandu...sangat menyakitkan hati...mungkin mengejar masa yang semakin singkat sekarang menyebabkan segelintir pemandu cuba melakukan aksi yang boleh mengundang koma atau menempah keranda...

Harapan saya kepada semua pemandu di Malaysia...Berhati-hatilah ketika memandu...tidak akan berkesan apa pun peraturan dan langkah untuk mengelak kemalangan jika pemandu di Malaysia tidak mengubah sikap memandu yang betul...Satu lagi kepada segelintir manusia Malaysia yang kaya nie...yang pandu kereta besar...jangan besar kepala eh....jika anda mati disebabkan sikap angkuh anda...anda akan rugi beberapa perkara.Antaranya :

1) Kereta anda selepas anda mati akan dipakai oleh orang lain, mungkin isteri, anak anda atau sesiapa sahaja, atau mungkin akan dijual...

2) Anda mesti kaya..orang lain akan untung jika anda mati sebelum anda bersedia!Jadi fikir2kanlah...

Sehubungan dengan itu, anda seharusnya memikirkan pelbagai risiko selepas kematian anda..jangan terlalu ghairah memandu hinga mengundang kematian...

Jadi, renung2kanlah dan Selamat Memandu

Sunday, September 13, 2009

Ganyang Malaysia vs Ganyang Indonesia

Kontroversi Malaysia-Indonesia berlaku lagi....
Sejarah Indonesia-Malaysia?
Tak payah diharmonikan...Malaysia terlalu baik...
Sejak dari zaman Tuanku Abdul Rahman...
Mengapa kita sebagai negara Malaysia sanggup menjadi "katak di bawah tempurung?"

Jika media Indonesia dan rakyat Indonesia(di Indonesia) sanggup menistakan Malaysia di tahap yang paling hina, mengapa Malaysia masih mendiamkan diri?

Menjaga perhubungan Malaysia-Indonesia : Malaysia sudah banyak berlembut dengan Indonesia(sejak Pembentukan Malaysia lagi)

Isu Pendatang Haram Indonesia
Isu Alam Sekitar
Isu Jenayah
Isu Kahwin Lari-Rakyat Indonesia sangat pintar

Pelbagai isu yang sememangnya boleh menghapuskan Indonesia dari peta dunia jika Malaysia adalah Amerika Syarikat, namun Malaysia masih mengamalkan budaya menghormati jiran serumpun...tetapi mengapa tidak Indonesia?
Isu yang sangat remeh.. berkenaan kesilapan sebuah dokumentari Discovery Channel yang memaparkan sebuah budaya Malaysia yang sebenarnya adalah milik Indonesia.
Indonesia menjerit mempertahankannya sehingga sanggup mencaci Malaysia,menghina Malaysia..

Sudah lupakah negara mana yang membantu Indonesia di kala Indonesia hampir musnah dibaham bumi dek kesalahan diri ketika tsunami?

Sudah lupakah Indonesia negara mana yang menghulur bantuan dengan membenarkan penghijrahan rakyat Indonesia bekerja di Malaysia dan dapat hidup serumpun-serampai dengan rakyat Malaysia?

Sudah lupakah Indonesia negara manakah yang sanggup memberikan pengampunan kepada pendatang haram Indonesia ke Malaysia tanpa dikenakan sebarang denda?

Indonesia sepatutnya lebih realistik di dunia realiti kini. Isu budaya kini sememangnya harus dijaga...Indonesia sememangnya mementingkan budaya.. Ketertinggian budaya Indonesia sangat kuat, namun bukan alasan bagi Indonesia menghenyak Malaysia sesuka hati..

Media Indonesia terlalu lancang dalam ulasan mereka. Media Indonesia seharusnya lebih profesional dalam mengkritik sebarang isu....

Saya seorang rakyat Malaysia yang sudah lama memerhatikan kelancangan Indonesia tatkala berbicara berkenaan isu membabitkan Malaysia...

Perlu ada toleransi..jangan disemai sikap kasar bekas penjajah di bumi Indonesia pada suatu masa dahulu dalam kehidupan globalisasi kini....

Oleh itu, Malaysia harus bersiap sedia..jangan terlalu lembut meniti jambatan penghubung antara Malaysia dan Indonesia yang kini sudah goyah...

Kita seharusnya berwaspada sebagaimana persediaan yang dilakukan oleh individu tertentu di Indonesia untuk menjatuhkan Malaysia

Wallahualam

1 Malaysia

1 Malaysia....satu lagi impian seorang pemimpin Malaysia untuk merealisasikan perjuangan memartabatkan Malaysia di mata dunia...

Jika diimbas kembali kepada dasar dan pendekatan sebelum ini, 1 Malaysia lebih mengutamakan kepada perjuangan kepada bangsa, budaya saling hormat-menghormati di dalam kalangan berbilang bangsa...

Namun begitu, perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap pemimpin negara adalah :

1) Implikasi gagasan 1 Malaysia ini di bawah panji negara yang mempunyai penduduk yang mempunyai mentaliti pemikiran yang sangat berbeza...(pro dan kontra)

2) Kekuatan gagasan ini untuk menembusi tembok pemikiran pengkritik, cendekiawan dan ahli nujum negara yang rata-rata sangat prejudis dengan pembaharuan negara (bahaya ni!!!)

3) Signifikan dan persamaan yang mungkin akan dikaitkan dengan istilah 1 Malaysia... Sebagai contoh Malaysian Malaysia? Lim Kit Siang..plz answer soalan ini..atau wakilnya...

4) Pemahaman semua manusia tentang 1 Malaysia.. Manusia di Malaysia kini walaupun sudah bijak pandai namun ada yang masih daif untuk memahami secara lebih mendalam setiap pendekatan yang dibawa oleh pemimpin...bila datang pemimpin baru dengan dasar baru, wujud kritikan terhadap dasar tersebut dengan penyataan seperti berikut...

" Satu Pendekatan yang merupakan agenda peribadi..."

Oleh itu, setiap pemimpin di Malaysia ini seharusnya memikirkan perisai yang paling kuat untuk menentang semua ini. Penangkis yang paling baik untuk memastikan perjuangan anda sebagai pemimpin boleh diteruskan tanpa ada undian dan kajian ilmiah bagi menjatuhkan anda...


Oleh itu, fikir-fikirkanlah dan Selamat Beramal!!!!

Manusia Yang Selalu Lupa

Manusia sering kali terlupa tentang perjuangan sebenar sebagai manusia.. Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini sebagai hamba yang perlu taat kepada setiap perintah yang telah diberikan kepada hambanya. Hamba yang tawaduk adalah hamba yang sentiasa mengikut ajarannya dan mentaati perintahnya. Namun begitu, bukan semua manusia terfikir tentang azabnya jika kita meninggalkan suruhannya, mengingkari perintahnya termasuklah menganiayi sesama manusia...
Kadangkala saya terfikir mengapa manusia akhir zaman sukar untuk menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan yang pernah membantunya pada suatu masa dahulu?
Tidakkah manusia seperti ini terfikir bahawa penganiayaan yang dilakukan kepada sesama manusia seumpama "keluarga kepada keturunan Firaun Laknatullah?"
Manusia kini alpa dengan perjuangan dan kekayaan...sehingga lupa tentang penindasan yang sengaja dilakukan... Setiap bentuk penindasan dilakukan dengan mempunyai matlamat...bukan atas sebab tidak disengajakan...
Jadi..kepada mana-mana manusia yang sudah berpangkat dan berada di atas, pikir2kanlah..jangan mudah terlupa tentang ragam manusia di dunia...jangan bermegah dengan kekayaan dan segala pangkat yang ada...
Tiada satu yang kekal di dunia ini...
Waalahualam...