Sunday, September 13, 2009

Ganyang Malaysia vs Ganyang Indonesia

Kontroversi Malaysia-Indonesia berlaku lagi....
Sejarah Indonesia-Malaysia?
Tak payah diharmonikan...Malaysia terlalu baik...
Sejak dari zaman Tuanku Abdul Rahman...
Mengapa kita sebagai negara Malaysia sanggup menjadi "katak di bawah tempurung?"

Jika media Indonesia dan rakyat Indonesia(di Indonesia) sanggup menistakan Malaysia di tahap yang paling hina, mengapa Malaysia masih mendiamkan diri?

Menjaga perhubungan Malaysia-Indonesia : Malaysia sudah banyak berlembut dengan Indonesia(sejak Pembentukan Malaysia lagi)

Isu Pendatang Haram Indonesia
Isu Alam Sekitar
Isu Jenayah
Isu Kahwin Lari-Rakyat Indonesia sangat pintar

Pelbagai isu yang sememangnya boleh menghapuskan Indonesia dari peta dunia jika Malaysia adalah Amerika Syarikat, namun Malaysia masih mengamalkan budaya menghormati jiran serumpun...tetapi mengapa tidak Indonesia?
Isu yang sangat remeh.. berkenaan kesilapan sebuah dokumentari Discovery Channel yang memaparkan sebuah budaya Malaysia yang sebenarnya adalah milik Indonesia.
Indonesia menjerit mempertahankannya sehingga sanggup mencaci Malaysia,menghina Malaysia..

Sudah lupakah negara mana yang membantu Indonesia di kala Indonesia hampir musnah dibaham bumi dek kesalahan diri ketika tsunami?

Sudah lupakah Indonesia negara mana yang menghulur bantuan dengan membenarkan penghijrahan rakyat Indonesia bekerja di Malaysia dan dapat hidup serumpun-serampai dengan rakyat Malaysia?

Sudah lupakah Indonesia negara manakah yang sanggup memberikan pengampunan kepada pendatang haram Indonesia ke Malaysia tanpa dikenakan sebarang denda?

Indonesia sepatutnya lebih realistik di dunia realiti kini. Isu budaya kini sememangnya harus dijaga...Indonesia sememangnya mementingkan budaya.. Ketertinggian budaya Indonesia sangat kuat, namun bukan alasan bagi Indonesia menghenyak Malaysia sesuka hati..

Media Indonesia terlalu lancang dalam ulasan mereka. Media Indonesia seharusnya lebih profesional dalam mengkritik sebarang isu....

Saya seorang rakyat Malaysia yang sudah lama memerhatikan kelancangan Indonesia tatkala berbicara berkenaan isu membabitkan Malaysia...

Perlu ada toleransi..jangan disemai sikap kasar bekas penjajah di bumi Indonesia pada suatu masa dahulu dalam kehidupan globalisasi kini....

Oleh itu, Malaysia harus bersiap sedia..jangan terlalu lembut meniti jambatan penghubung antara Malaysia dan Indonesia yang kini sudah goyah...

Kita seharusnya berwaspada sebagaimana persediaan yang dilakukan oleh individu tertentu di Indonesia untuk menjatuhkan Malaysia

Wallahualam

No comments:

Post a Comment