Wednesday, January 7, 2015

Langkah Baharu Tahun 2015

Dah berhabuk blog ni tidak saya kemaskini. oklah sebab berhabuk, meh saya nak cerita sikit mengenai perjalanan tahun saya 2014. Awal tahun 2014, saya diberi rezeki oleh Allah dengan memperoleh jawatan baharu di Cyberjaya. Jawatannya Pembantu Penyelidik. Kontrak 3 bulan, sambung lagi 3 bulan. Alhamdulilah...rezeki dari Allah swt. Walaupun jawatan ini berstatus kontrak, saya tetap menerimanya. Ya lah, sekarang bukan senang nak memperoleh pekerjaan. Janji pekerjaan itu halal, sudah kira bersyukur. Saya memulakan karier saya semula setelah setahun saya mengganggur (dibuang kerja selepas syarikat tempat kerja lama ditutup). saya bekerja di situ sehingga penghujung bulan Julai 2014. Alhamdulilah, bekerja di situ memberikan saya 1001 satu kenangan yang tak dapat saya lupakan dan yang paling saya gembira, apabila saya sekali lagi diberi Allah rezeki. Hurmmmm....rezekinya...saya mendapat pula tawaran bekerja di sebuah badan swasta di Bukit Damansara. Saya memulakan karier pada awal bulan September 2014, namun atas sebab peribadi, saya terpaksa melepaskan jawatan tersebut. Banyak perkara yang membuatkan saya tidak berasa gembira bekerja di tempat baru ini. Bukan menolak pemberian Allah, tetapi jika tempat yang niat kita untuk mencari rezeki yang berkat, tetapi kita turut sama bersubahat dengan sikap majikan yang membelakangkan suruhan Ilahi, perlukah kita berterusan berkhidmat di situ? Saya tahu, mungkin sesetengah individu melihat keputusan yang saya ambil ini sebagai satu kerugian, tetapi berterusan bersubahat dengan manusia sebegini lebih merugikan. Biarlah saya rugi di dunia, kerana yang kekal hanya di akhirat sana.

Saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada bulan November 2014 dan alhamdulilah, Allah melihat kesusahan saya dan suami. Suami saya mendapatkan tawaran kerja di Perak dan gaji yang ditawarkan dua kali ganda daripada gaji yang dia peroleh dalam pekerjaan kini. Kami tekad untuk berhijrah. Berhijrah dari kota raya yang gah berdiri dengan segala kemewahan, dan juga segala penipuan dunia ke sebuah kota yang masih mengekalkan nilai kejujurannya. Kami tekad untuk berhijrah. Cukuplah dengan pengalaman 11 tahun saya di sana dan lima tahun suami saya di sana. Kami harus bergerak dan mencari kehidupan yang lebih tenang dan gembira. 

Keputusan diambil dan akhirnya pada 4 Disember 2014, kami berpindah ke Perak. Kami memulakan penghidupan baru kami di sini. Penghidupan yang kami dambakan sebuah kebahagiaan dan ketenangan. Kami mohon sebuah kebahagiaan dalam ketenangan daripada Yang Esa. Berikan kami sebuah kehidupan yang baharu yang lebih bahagia. Kini, selepas hampir sebulan aku di sini, aku lebih tenang, lebih gembira dan lebih sempurna. Aku kembali menjadi suri sepenuh masa tetapi suri sepenuh masa yang aku dambakan selama ini. Aku lebih tenang begini...Kerjaya????Berilah aku masa memilih kerjaya aku sendiri. Aku fikirkan...biarlah aku mencari rezeki sendiri tanpa perlu mengikut telunjuk arahan dari orang atasan. Kurang berminat aku dengan cara sebegitu. Aku mengharapkan ada sinar kegembiraan aku di sini...

InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment